Saya Hj Norazmi bin Hj Md Isa, Guru Besar SK Kajang akan bertukar ke SK Taming Jaya mulai 23 Sept 2020...Mohon halalkan segalanya, ampun maaf semua salah, silap & kelemahan diri saya semasa memimpin SK Kajang...Doakan kemudahan & kejayaan saya memimpin SK Taming Jaya pula...Saya maafkan, halalkan & doakan kejayaan seluruh warga SK Kajang di bawah kepimpinan Guru Besar baharu...Moga kita dapat berjumpa lagi...Kepada Allah saya berserah...TERIMA KASIH SEMUA

Cari Di Blog Ini

░B░I░L░A░N░G░A░N░ ░P░E░N░G░U░N░J░U░N░G░😍

RAKAN BLOG

Sunday, May 6, 2018

TEMA HARI GURU 2018 : GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN




HURAIAN TEMA HARI GURU 2018

GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

DEFINISI

GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan
sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan 
membentuk kemenjadian murid.

PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha 
dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan 
kejayaan dan pencapaian sasaran.

TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan 
terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan 
sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.

PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk 
kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia 
secara menyeluruh dan seimbang.

DOWNLOAD




HURAIAN

Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa 
dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan 
menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan 
Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting 
dalam merealisasi transformasi melalui peringkat akar 
umbi pendidikan. 

Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu
memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan
transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan 
berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua 
dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.

Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi 
bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran 
dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional 
seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam 
usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50),
guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik 
modal insan yang bakal menerajui negara ke arah 
menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi 
dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat 
global.

Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah
bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu 
warga yang berakar nasional dan berakal internasional. 
Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, 
melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar 
biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi
serta world class thinking.

No comments:

Post a Comment