Saya Hj Norazmi bin Hj Md Isa, Guru Besar SK Kajang akan bertukar ke SK Taming Jaya mulai 23 Sept 2020...Mohon halalkan segalanya, ampun maaf semua salah, silap & kelemahan diri saya semasa memimpin SK Kajang...Doakan kemudahan & kejayaan saya memimpin SK Taming Jaya pula...Saya maafkan, halalkan & doakan kejayaan seluruh warga SK Kajang di bawah kepimpinan Guru Besar baharu...Moga kita dapat berjumpa lagi...Kepada Allah saya berserah...TERIMA KASIH SEMUA

Cari Di Blog Ini

░B░I░L░A░N░G░A░N░ ░P░E░N░G░U░N░J░U░N░G░😍

RAKAN BLOG

Monday, August 3, 2020

INFO COVID-19

PEMBERITAHUAN

Salam sejahtera semua...

Para ibu bapa yang dihormati.

*Pihak sekolah mengambil perhatian serius berkenaan kes penularan Covid-19 Kluster Sivagangga Kedah yang berlaku ketika ini dan Surat Garis Panduan Berkaitan Isu - Isu Berhubung Penularan Jangkitan Wabak Covid-19 di Premis Kerajaan bertarikh 16 Mac 2020 adalah dirujuk.*

*Justeru itu, selaras dengan saranan KKM & sebagai mengambil langkah berjaga² pihak sekolah berharap mana² keluarga & individu (murid) yang berada atau pergi ke kawasan terbabit atau mempunyai kontak rapat atau ada berhubungan dengan penduduk kawasan tersebut diminta membuat pemantauan kendiri tahap kesihatan masing-masing dengan kerap.

*Pentadbiran SK Kajang juga mengambil pendekatan membenarkan semua ibubapa yang mempunyai anak tidak sihat atau mengidap demam, batuk, selsema dll juga diminta tidak hadir sekolah. Hal ini selaras dengan Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah yang dikeluarkan oleh pihak KPM.*

*Ibu bapa diminta @ boleh menghubungi guru kelas anak masing-masing untuk memaklumkan tentang ketidakhadiran murid tersebut untuk dicatatkan dalam sistem APDM (e-kehadiran).*

Mohon kerjasama semua ibu bapa penjaga mengambil berat tentang hal yang dinyatakan. 

Sekian & terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah, 


*HJ NORAZMI BIN HJ MD ISA*
Guru Besar
SK Kajang

Nota : Rujuk @ Baca SOP Pembukaan Semula Sekolah Pasca Pandemik COVID-19 SK Kajang

Klik pada pautan di bawah👇👇👇

No comments:

Post a Comment